Kerajaan Perak menerusi Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) melancarkan aplikasi ‘Talent Perak’ bagi memudahkan urusan mencari pekerjaan terutama golongan anak muda.<br /><br />Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, aplikasi itu boleh dimuat turun ke telefon pintar dan digunakan mulai Sabtu.
